Question.
Describe the impact of ICT in society.
Perkembangan dunia teknologi kini menuntut kita mengaplikasikan penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat tanpa mengira lapisan umur. Malahan, kanak-kanak di sekolah rendah juga telah diajar untuk memahirkan diri mereka dengan pengaplikasian ICT. Oleh itu, dapatlah kita lihat betapa pentingnya peranan ICT dalam hidup kini di era globalisasi ini.
Namun, kita juga harus menilai perkara ini dari aspek impaknya kepada masyarakat. Apabila berbicara tentang impak, saya menggambarkan dua jenis impak iaitu impak positif dan impak negatif.
Impak-impak positif yang dapat saya rangkumkan di sini bagi penggunaan ICT kepada masyarakat ialah masyarakat dapat mengubah status mereka kepada masyarakat minda kelas pertama. Hal ini yang demikian kerana penggunaan teknologi ICT ini telah membantu masyarakt keluar daripada kepompong ketidak majuan seperti yang selalu kita gambarkan sebagai katak di bawah tempurung.
Keduanya, ICT juga memudahkan hidup masyarakat. Hal ini disokong oleh kemudahan internet yang berada di bawah naungan ICT yang telah membantu masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan pantas. Seperti kata pepatah, "Dunia di hujung jari". Mereka boleh juga mendapat maklumat walau di mana sahaja mereka berada pada bila-bila masa dengan bantuan internet ini.
Namun, di sebalik impak positif yang diberikan oleh ICT, terdapat juga impak negatifnya. Contoh impak negatif penggunaan teknologi ICT kepada masyarakat adalah keruntuhan moral remaja. Hal ini demikian kerana dengan bantuan ICT, remaja akan lebih terdedah kepada unsur-unsur pornografi yang terdapat didalam internet. Mereka dengan mudahnya dapat membuka laman-laman web yang tidak bermoral yang berunsurkan pornografi. Perkara ini bukan sahaja mengotorkan fikiran mereka, malah turut sama merosakkan akhlak mereka.
Keduanya, teknologi ICT juga melalaikan. Hal ini berfaktorkan kesanggupan para remaja duduk menghadap komputer selama berjam-jam melayan lama-laman sosial, bemain pemainan internet, mendengar lagu dan menonton video yang tidak berfaedah dan ber'chatting' di laman-laman sembang. Perbuatan-perbuatan ini sangatlah tidak bagus kerana tanpa remaja itu sedari, mereka telah menghabiskan masa berjam-jam tanpa mendapat pulang faedah. Masa berjam-jam itu sepatutnya mereka gunakan untuk mengulang kaji pelajaran. Dengan cara ini, barulah Malaysia dapat melahairkan modal insan kela pertama.
Konklusinya, ICT memberi impak positif dan negatif dalam masyarakat. Masyarakatlah yang perlu tentukan sama ada mereka mendapat impak yang positif atau negatif daripada teknologi ICT ini.
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment